Tahun baru 2009 telah disambut di seluruh dunia. Bagi intake 2004, sambutan tahun baru bagi 2009 mempunyai sedikit perbezaan bebanding dengan tahun sebelumnya. Sedikit kebebasan yang diberikan kepada kita telah digunakan sepenuhnya. Ada yang memilih untuk menyambut tahun baru bersama rakyat Malaysia di tempat-tempat awam seperti Jalan Bukit Bintang, KLCC dan Stadium Bukit Jalil. Tidak ramai yang menyambutnya bersama rakan-rakan di restoran-restoran mamak di sekitar Kuala Lumpur dan sedikit sahaja yang hanya bersama keluarga untuk menyambut suatu permulaan yang kita akan lalui di hari seterusnya.
Pulang daripada peristiwa tahun baru, kita dikejutkan pula dengan perubahan ketara yang kita amat jangkai akan berlaku di UPNM. Perubahan pentadbiran daripada pengambilan kepada pentadbiran batalion. Banyak jawatan-jawatan baru tidak kira di kalangan kadet, jurulatih mahupun pegawai sedang diisi bagi memperkukuhkan pengurusan yang baru lahir bersama-sama tahun baru ini. Perubahan ketara ini sedikit sebanyak memberi impak dalam kehidupan seharian warga UPNM pada tahun 2009 ini.
Dunia pula dikecohkan dengan serangan Zionis keatas bumi Palestin. Ramai yang bertindak membantu rakyat Palestin dengan memboikot barangan buatan Israel. Suatu tindakan yang baik dalam menentang kemaraan Zionis dan tindakan ini tidak sepatutnya berlaku hanya apabila ada sesuatu terjadi keatas Palestin. Apa yang sepatutnya berlaku, boikot ini harus bermula sejak dari dulu lagi iaitu sebelum berlakunya serangan ke atas Gaza, Wallahu Alam.
Apa-apa pun, perkara yang berlaku sudahpun berlaku. Perubahan demi perubahan telahpun dimulakan. Yang penting, diri kita perlulah memikirkan setiap baik dan buruk sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah. Perbaiki kesilapan yang telah kita lakukan dan berusaha untuk melakukan sesuatu yang dapat memberikan kebaikan kepada diri kita dan orang lain.
"If you're strangled in a rope, don't struggle too much coz it will hurt you more."